MESYUARAT PENUH BIL. 3/2011
YBhg Pengerusi memulakan kenyataan dengan mengucapkan salam,
selamat pagi, salam 1 Malaysia, salam 1 Bandaraya dan terima kasih kepada Ketua
Whip, barisan Ahlimajlis, Ahli-ahli Ex-Officio, Ketua-Ketua Jabatan dan semua yang
hadir pada Mesyuarat Penuh Bil. 3/2011.
Beliau bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya, dapat
sama-sama berkumpul di mesyuarat penuh bagi kali ketiga di dalam tahun 2011.
Beliau memaklumkan aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang
bulan Mac 2011 ini. Antaranya adalah :
i. Persidangan Bandar Selamat “Keselamatan dan Perlindungan Di
Iskandar Malaysia” yang diadakan pada 10hb dan 11hb yang lalu,
yang disempurnakan oleh YB Dato‟ Abdul Latiff Bin Yusof, Mantan
Setiausaha Kerajaan Negeri. Persidangan tersebut telah mencapai
matlamat dan sasaran untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap
keselamatan dan perlindungan;
ii. Program Gerak Mesra Zon Rinting dan Perasmian Pasar Borneo yang
mempunyai tarikan tersendiri seperti barang-barang makanan eksotik
Sarawak yang sukar untuk diperolehi di sini antaranya ikan masin
terubuk, sayur midin, paku pakis yang sinonim dengan masyarakat di
sana. Beliau percaya, keunikan pasar ini mampu menjadi satu lagi
tarikan kepada orang ramai, apatah lagi, bandaraya kini mempunyai
pasar karat yang terkenal dengan tarikan jualan barang-barang lama
dan klasik, dan kini, Pasar Borneo sebagai tarikan kepada warga
bandaraya;
iii. Pada 24hb yang lalu juga, pihak bandaraya telahpun menerima
32 unit CCTV bernilai sebanyak RM 3.8 juta daripada Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah dipasang di kawasankawasan yang telah
dikenalpasti di kawasan bandaraya. Sehingga kini,
bandaraya telahpun memasuki Fasa 2 untuk pemasangan CCTV di
mana jumlah terkini CCTV adalah 50 unit. Insyallah, di dalam peringkat
perancangan, sejumlah 200 unit CCTV lagi akan dipasang untuk fasa
iv. Di kesempatan ini, beliau menjemput kepada semua yang hadir
bersama-sama warga bandaraya Johor Bahru untuk memeriahkan lagi
sambutan Hari Terbuka Loji Rawatan Kumbahan bersempena
sambutan Hari Air Sedunia peringkat Majlis Bandaraya Johor Bahru
yang akan diadakan pada 2hb April ini, bertempat di tapak loji
kumbahan Taman Anggerik.
Program ini akan bermula dari jam 7.30 pagi dan bakal disempurnakan
perasmiannya oleh YB Encik Tan Kok Hong, Pengerusi Jawatankuasa
Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan
Alam Sekitar Negeri Johor.
Program ini akan bermula dari jam 7.30 pagi dan bakal disempurnakan
perasmiannya oleh YB Encik Tan Kok Hong, Pengerusi Jawatankuasa
Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan
Alam Sekitar Negeri Johor.
Apa yang menariknya mengenai sambutan kali ini, ia diadakan di loji
kumbahan yang mana lokasinya boleh menimbulkan rasa kurang selesa
untuk hadir.
Namun bandaraya dengan kerjasama Syarikat Ranhill
Utilities Berhad dan Universiti Malaysia Pahang telah memperkenalkan
teknologi yang mesra alam di dalam mengurus dan merawat loji-loji
kumbahan. Justeru itu, sekiranya orang ramai ingin tahu apakah
teknologi tersebut datanglah beramai-ramai untuk perasmian majlis
tersebut dan melihat sendiri keunikan pengurusan loji yang akan
diperkenalkan.
Fokus ucapan beliau untuk bulan ini berhubung dengan aspek
Fokus ucapan beliau untuk bulan ini berhubung dengan aspek
bangunan, di mana seringkali orang ramai mempersoalkan kewujudan
bangunan-bangunan yang terbengkalai di bandaraya yang dilihat sebagai
ancaman kepada kerancakan pembangunan bandaraya dan pada masa yang
sama, timbul pula isu keselamatan.
Ini kerana bangunan yang terbengkalai ini bukan sahaja menimbulkan
masalah, malahan mampu memberikan rasa tidak yakin pelabur-pelabur luar
untuk melabur di negeri ini.
Pihak pemaju seringkali dilihat menjadi punca utama berlakunya
projek terbengkalai ini, antaranya disebabkan oleh :
i. kekurangan kajian kemungkinan (feasibility studies) termasuk
pasaran hartanah;
ii. masalah pinjaman (bridging loan) daripada institusi kewangan yang
sukar untuk diperolehi;
iii. ketidakstabilan kewangan pihak pemaju serta kelemahan dan
kelalaian dalam organisasi pemaju;
iv. sikap pemaju yang hanya mementingkan keuntungan dalam jangka
masa pendek dan tidak amanah;
v. serta sikap pemaju yang seringkali tidak menyediakan aliran modal
kepada kontraktor, juga turut dikenalpasti menyumbang kepada
kelewatan serta kes-kes bangunan terbengkalai di bandaraya.Untuk makluman,
terdapat 19 projek terbengkalai sejak tahun 1999 dan berdasarkan kepada
pelan pembangunan yang telah diluluskan, sehingga kini
terdapat 19 projek terbengkalai sejak tahun 1999 dan berdasarkan kepada
pelan pembangunan yang telah diluluskan, sehingga kini
4 projek telah dipulihkan dan 2 masih di dalam proses pemulihan
(di bawah pembangunan Taman Cahaya Kota Putri) dan 13 buah projek lagi masih
Sehubungan dengan itu, pihak Majlis telah mengambil satu usaha
untuk membantu memulihkan projek-projek terbengkalai ini semenjak
tahun 2008 dengan mewujudkan satu dasar khas sebagai inisiatif kepada mana-
mana pihak yang berminat untuk memulihkan semula projek-projek tersebut
antaranya :
i. mempertimbangkan semula bagi cadangan pembangunan
semula melibatkan tukar guna aktiviti, perubahan rekabentuk
bangunan, pertambahan „plot ratio‟/densiti dan lain-lain;
ii. diskaun 50% bagi bayaran mana-mana fee pelan pembangunan
yang dimajukan, bayaran caruman ISF (improvement service fund)
dan bayaran caj pembangunan serta mengecualikan wang amanah
yang baru;
iii. mempertimbangkan semula mana-mana syarat kelulusan asal yang
melibatkan peruntukan kewangan yang besar;
iv. membenarkan ruang iklan sementara di papan-papan keselamatan
dan bangunan untuk menjana pendapatan tambahan dan
mengesyorkan remisi terhadap cukai harta tertunggak dan
membenarkan pihak pemaju untuk memajukan pelan pembangunan
walaupun menghadapi tunggakan cukai harta/cukai tanah.Pendekatan ini wajar diambil
bagi memastikan masalah projek terbengkalai
ini tidak berlarutan, di samping dapat mengukuhkan imej bandaraya Johor Bahru
serta meningkatkan kualiti persekitaran dan pembangunan bandaraya.
Pada masa yang sama juga, dengan adanya projek-projek tersebut,
mampu membuka peluang baru perniagaan dan pekerjaan kepada warga bandaraya
di samping menjana ekonomi daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa
pembinaan dan selepas siap pembinaan.
Selaras dengan pendekatan tersebut MBJB dengan kerjasama pihak
Institute Sultan Iskandar (UTM) dan WTW telah mengadakan seminar sehari iaitu
“From Abundoned To Abundance : Aware & Care Reviving “Abondoned”
Commercial Premises” yang telah diadakan pada 29 Mac 2011 di Hotel Thistle.
Pihak Majlis kini telah memperkenalkan pelaksanaan dasar pelan
setara bagi ubahan tambahan kecil bagi pemilik-pemilik premis kediaman di dalam
kawasan bandaraya. Ini selaras dengan Undang-Undang Kecil Bangunan
Seragam 1984.
Melalui pelaksanaan ini, orang ramai yang mahu membuat ubahsuai
terhadap premis kediaman hendaklah mengikut spesifikasi ukuran yang dibenarkan,
bersesuaian dengan saiz sebenar kediaman. Ini bagi memastikan tahap ubahsuai
yang dijalankan tidak menimbulkan masalah khususnya kepada orang ramai,
serta tidak membabitkan kawasan awam, di samping memberikan keseragaman dari
Menerusi garis panduan pelan tersebut,
proses bagi permohonan akan diuruskan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Pihak Majlis kini dalam usaha untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor
Pihak Majlis kini dalam usaha untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor
yang terlibat di dalam kerja-kerja ubahsuai. Menerusi kaedah ini, orang ramai
yang mahu membuat kerja-kerja ubahsuai tambahan bagi premis kediaman
disarankan menggunakan kontraktor-kontraktor berdaftar dan bertauliah, bagi
memastikan „standard‟ dan mutu kerja yang dijalankan adalah memenuhi
spesifikasi yang ditetapkan. Pada masa yang sama memudahkan pemantauan
MBJB khususnya di dalam memastikan tahap kebersihan dijaga dan diselenggara
dengan sempurna.
Di samping itu juga, pemantauan terhadap mutu kerja dapat
dijalankan dan tindakan boleh dikenakan terhadap kontraktor yang engkar dengan
arahan dan peraturan kerja yang ditetapkan. Justeru itu, beliau mengharapkan
kerjasama daripada orang ramai agar memastikan arahan dan peraturan yang
ditetapkan oleh bandaraya di dalam pelaksanaan ubahsuai kediaman dipatuhi
bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil sekiranya engkar dengan
arahan tersebut.
Akhir kata, beliau ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua warga kerja MBJB serta Ahlimajlis-Ahlimajlis yang telah dapat
bersama-sama menjayakan serta melaksanakan apa-apa jua aktiviti dan program
yang dijalankan sepanjang bulan Mac 2011.
Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan salam dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment