Monday, July 4, 2011

UCAPAN Y.B. DATUK BANDAR MESYUARAT PENUH BIL. 3/2011

UCAPAN Y.B. DATUK BANDAR
MESYUARAT PENUH BIL. 3/2011



YBhg Pengerusi memulakan kenyataan dengan mengucapkan salam,       
selamat pagi, salam 1 Malaysia, salam 1 Bandaraya dan terima kasih kepada  Ketua 
Whip, barisan Ahlimajlis, Ahli-ahli Ex-Officio, Ketua-Ketua Jabatan dan semua yang 
hadir pada  Mesyuarat Penuh Bil. 3/2011.

Beliau bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya, dapat         
sama-sama berkumpul di  mesyuarat  penuh  bagi  kali  ketiga  di dalam  tahun  2011.   
Beliau memaklumkan aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang   
bulan  Mac  2011 ini. Antaranya adalah :

i. Persidangan Bandar Selamat “Keselamatan dan Perlindungan Di    
Iskandar Malaysia” yang diadakan pada 10hb dan 11hb yang lalu,      
yang disempurnakan oleh YB Dato‟ Abdul Latiff Bin Yusof, Mantan 
Setiausaha Kerajaan Negeri.  Persidangan tersebut telah mencapai 
matlamat dan sasaran untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap 
keselamatan dan perlindungan; 

ii. Program Gerak Mesra Zon Rinting dan Perasmian Pasar Borneo yang 
mempunyai tarikan tersendiri seperti barang-barang makanan eksotik 
Sarawak yang sukar untuk diperolehi di sini antaranya ikan masin  
terubuk, sayur midin,  paku pakis yang sinonim dengan masyarakat di 
sana. Beliau percaya, keunikan pasar ini mampu menjadi satu lagi     
tarikan kepada orang ramai, apatah lagi, bandaraya kini mempunyai    
pasar karat yang terkenal dengan tarikan jualan barang-barang  lama    
dan klasik, dan kini, Pasar Borneo sebagai tarikan kepada warga  
bandaraya;

iii. Pada 24hb yang lalu juga, pihak bandaraya telahpun menerima              
32 unit CCTV bernilai sebanyak RM 3.8 juta daripada Kementerian 
Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah dipasang di kawasankawasan yang telah 
dikenalpasti di kawasan bandaraya. Sehingga kini, 
bandaraya telahpun memasuki Fasa 2 untuk pemasangan CCTV di       
mana jumlah terkini CCTV adalah 50 unit.  Insyallah, di dalam peringkat 
perancangan, sejumlah 200 unit CCTV lagi akan dipasang   untuk  fasa  
yang  berikutnya.  



iv. Di kesempatan ini, beliau menjemput kepada semua yang hadir     
bersama-sama warga bandaraya Johor Bahru untuk memeriahkan lagi 
sambutan  Hari Terbuka Loji Rawatan  Kumbahan bersempena 
sambutan Hari Air Sedunia peringkat Majlis Bandaraya Johor Bahru 
yang akan diadakan pada  2hb April ini, bertempat di tapak loji 
kumbahan Taman Anggerik.  

Program ini akan bermula dari jam 7.30  pagi dan bakal disempurnakan
perasmiannya oleh  YB Encik Tan Kok Hong, Pengerusi Jawatankuasa
Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan
Alam Sekitar Negeri Johor.

Apa yang menariknya mengenai sambutan kali ini, ia diadakan di loji 
kumbahan yang mana lokasinya boleh menimbulkan rasa kurang selesa 
untuk hadir.

Namun bandaraya dengan  kerjasama Syarikat Ranhill 
Utilities Berhad dan Universiti Malaysia Pahang telah memperkenalkan  
teknologi yang  mesra alam di dalam mengurus dan merawat loji-loji   
kumbahan.  Justeru itu, sekiranya orang ramai ingin tahu  apakah 
teknologi tersebut datanglah beramai-ramai untuk perasmian majlis 
tersebut dan melihat sendiri keunikan pengurusan loji yang akan 
diperkenalkan.  

Fokus ucapan beliau untuk bulan ini berhubung dengan aspek                 
bangunan, di mana seringkali orang ramai mempersoalkan kewujudan          
bangunan-bangunan yang terbengkalai di bandaraya yang dilihat  sebagai      
ancaman kepada kerancakan pembangunan bandaraya dan pada masa  yang     
sama,  timbul  pula isu  keselamatan.

Ini kerana bangunan yang terbengkalai ini bukan sahaja    menimbulkan    
masalah, malahan mampu memberikan rasa tidak yakin pelabur-pelabur luar        
untuk  melabur di negeri ini.

Pihak pemaju seringkali dilihat menjadi punca utama berlakunya                   
projek terbengkalai ini, antaranya disebabkan oleh :

i. kekurangan kajian kemungkinan (feasibility studies) termasuk 
pasaran hartanah;

ii. masalah pinjaman (bridging loan) daripada institusi kewangan yang 
sukar untuk diperolehi;

iii. ketidakstabilan kewangan pihak pemaju serta kelemahan dan 
kelalaian dalam organisasi pemaju;

iv. sikap pemaju yang hanya mementingkan keuntungan dalam jangka 
masa pendek  dan tidak amanah;

v. serta sikap pemaju yang seringkali tidak menyediakan aliran modal 
kepada kontraktor, juga turut dikenalpasti menyumbang kepada 
kelewatan serta kes-kes bangunan terbengkalai di bandaraya.Untuk makluman,
terdapat  19 projek terbengkalai sejak tahun 1999 dan berdasarkan kepada
pelan pembangunan yang telah diluluskan, sehingga kini        
4 projek telah dipulihkan dan  2 masih di dalam  proses pemulihan                             
(di bawah pembangunan Taman Cahaya Kota Putri) dan  13 buah projek lagi masih 
belum dapat dipulihkan.



Sehubungan dengan itu, pihak Majlis telah mengambil satu usaha                 
untuk membantu memulihkan projek-projek terbengkalai ini semenjak                    
tahun 2008 dengan mewujudkan satu dasar khas sebagai inisiatif  kepada mana-   
mana pihak yang berminat untuk memulihkan semula projek-projek tersebut       
antaranya :

i. mempertimbangkan semula bagi cadangan pembangunan              
semula melibatkan tukar guna aktiviti, perubahan rekabentuk    
bangunan, pertambahan „plot ratio‟/densiti  dan  lain-lain;

ii. diskaun 50% bagi bayaran mana-mana fee pelan pembangunan        
yang dimajukan, bayaran caruman ISF (improvement service fund)      
dan bayaran caj  pembangunan serta mengecualikan wang amanah     
yang baru;

iii. mempertimbangkan semula mana-mana syarat kelulusan asal  yang  
melibatkan peruntukan kewangan  yang  besar;

iv. membenarkan ruang iklan sementara di papan-papan keselamatan         
dan bangunan untuk menjana pendapatan tambahan dan     
mengesyorkan remisi terhadap cukai harta tertunggak dan   
membenarkan pihak pemaju untuk memajukan pelan pembangunan 
walaupun menghadapi  tunggakan  cukai  harta/cukai  tanah.Pendekatan ini wajar diambil 
bagi memastikan masalah projek terbengkalai       
ini tidak berlarutan, di samping dapat mengukuhkan imej bandaraya Johor Bahru    
serta  meningkatkan kualiti  persekitaran dan pembangunan bandaraya.

Pada masa yang sama juga, dengan adanya projek-projek tersebut,           
mampu membuka peluang baru perniagaan dan pekerjaan kepada warga bandaraya         
di samping menjana ekonomi daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa
pembinaan  dan selepas  siap pembinaan.

Selaras dengan pendekatan tersebut MBJB dengan kerjasama pihak         
Institute Sultan Iskandar (UTM)  dan WTW  telah mengadakan seminar sehari  iaitu 
“From Abundoned To Abundance : Aware & Care Reviving “Abondoned” 
Commercial Premises” yang telah diadakan pada  29  Mac  2011 di  Hotel Thistle.

Pihak Majlis kini telah memperkenalkan pelaksanaan dasar pelan                
setara bagi ubahan tambahan kecil bagi pemilik-pemilik premis kediaman di dalam 
kawasan bandaraya. Ini selaras dengan Undang-Undang Kecil Bangunan           
Seragam 1984.

Melalui pelaksanaan ini, orang ramai yang mahu membuat ubahsuai        
terhadap premis kediaman hendaklah mengikut spesifikasi ukuran yang dibenarkan, 
bersesuaian dengan saiz sebenar kediaman.  Ini bagi memastikan tahap ubahsuai   
yang dijalankan tidak menimbulkan masalah khususnya kepada orang ramai,          
serta tidak membabitkan kawasan awam, di samping memberikan keseragaman dari 
segi saiz ubahsuaian yang dibenarkan.


       
Menerusi garis panduan pelan tersebut, 
proses  bagi  permohonan akan diuruskan  dalam  tempoh 3  hari  bekerja.
Pihak Majlis kini dalam usaha untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor        
yang terlibat di dalam kerja-kerja ubahsuai.  Menerusi kaedah ini, orang ramai        
yang mahu membuat kerja-kerja ubahsuai tambahan bagi premis kediaman   
disarankan menggunakan kontraktor-kontraktor berdaftar dan bertauliah, bagi 
memastikan „standard‟ dan mutu kerja yang dijalankan adalah memenuhi           
spesifikasi yang ditetapkan. Pada masa yang sama memudahkan pemantauan      
MBJB    khususnya di dalam   memastikan tahap kebersihan  dijaga  dan  diselenggara 
dengan sempurna.

Di samping itu juga, pemantauan terhadap mutu kerja dapat                  
dijalankan dan tindakan boleh dikenakan terhadap kontraktor yang engkar dengan 
arahan dan peraturan kerja yang ditetapkan.  Justeru itu, beliau mengharapkan 
kerjasama daripada orang ramai agar memastikan arahan dan peraturan yang 
ditetapkan oleh bandaraya di dalam pelaksanaan ubahsuai kediaman dipatuhi           
bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil sekiranya engkar dengan      
arahan tersebut.

Akhir kata, beliau ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada              
semua warga kerja MBJB serta Ahlimajlis-Ahlimajlis yang telah dapat               
bersama-sama menjayakan serta melaksanakan apa-apa jua aktiviti dan program     
yang  dijalankan sepanjang  bulan  Mac 2011.

Beliau mengakhiri  ucapan  dengan  mengucapkan  salam  dan terima kasih.

Friday, August 20, 2010

Pelan Setara Ubahan dan Tambahan Rumah



Kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan kini menggunakan pelan setara untuk mempercepatkan proses kelulusan pelan ubahan dan tambahan.

rujukan: http://www.planlulus.com
http://www.dshine.blogspot.com